♥hutang kelab♥

Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Filem Chantek

Thursday, January 26, 2012
Assalamualaikum

Semalam dapat call dari pihak Alternate Pictures berkenaan dengan tajuk di atas jadinya anda faham kenapa??mahu ikut serta bersama saya??mahu bertemu artis sambil beramah mesra serta mempromosikan filem terbaru mereka??Ya Filem Chantek arahan Piere Andre bakal menemui anda!!

ok dah banyak sangat poyo die tu,heheee

Detail Majlis Tayangan Eksklusif Filem Chantek

Saya ada 10 pass untuk di beri kat korang ke Press Screening Filem Chantek macamana untuk dapatkan pass ini??senang jeeee korang hanya perlu buat 1 entry berkenaan filem ini ala-ala promotion laa ;) Apa yang perlu ada dalam entry tu??

  1. Poster Filem
  2. Chantek Official Trailer
  3. Tarikh tayangan filem Chantek
segala detail untuk filem romantik komedi arahan Piere Andre ini korang boleh dapatkan di sini yaa di Facebook Filem Chantek mudah je kan?ngeee poyo je ai ne kan :D kalau susah sangat sebab tade Facebook (LOL) meh tengok ai bagi detail Filem ne ;)



macam best je ni!gabungan antara 2 benua.ecewah!tak sabar nak tengok!ekceli bagi aku filem2 arahan Piere Andre memang terbaik ♥ ♥ ♥


Release date : 16 Febuari 2012
Genre : Romantik Komedi

Sinopsis Chantek :

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!
“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”

Starring : Pierre Andre, Nurul Ekasari, Abon & ramai lagi
Directed by Pierre Andre
Written By Pierre Andre
Screenplay by Pierre Andre
Produced by Empat Semudra Sdn. Bhd

Semuaaaa di buat sendiri tau!kau adaaaa??hahaaa so acane??kalau berminat boleh buat entry sekarang n bagi link entry kat saya dan pass mungkin akan menjadi milik anda!hahahaa poyonyeeeeeeeeeeeee ;p hanya 10 pass tau untuk blogger sahaja!Korang leh bagi link dekat komen atau terus email helenalatisha@gmail.com atau! terus post ke fb saya ok??simple sajok!
Jom la support filem melayu :)

3 eleh..comel!:

  1. YaNa Yassin said...:

    Dah buat :: boleh terima tak

    http://yanayassin.blogspot.com/2011/12/filem-chantek-hasil-karya-pierre-andre.html

  1. Fazreen said...:

    Salam CIk Hel,

    Ini link entry promosi filem Chantek.

    http://klhive.com/chantek-filem-romantik-komedi-terbaru-arahan-pierre-andre-kelakar/

    Masih ada ke pass?

    nak terus direct emel cik hel tapi emel address macam tak wujud.

    ini emel saya fazr33n[at]gmail.com

  1. salam,

    nak join juga la...

    http://redribbonboutique.blogspot.com/2012/01/kisah-cinta-dua-negara-arahan-pierre.html

    harap2 diterima. teringin sangat2 tengok movie nie bersama hubby ;)

Related Posts with Thumbnails

.








♥jari tangkas♥

Widget by Blogger Widgets